Ditulis pada 18.7.2010
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',”(2:45)Hari ini saya bersolat asar sendirian di rumah selepas tido dalam tempoh yang agak lama saya kira. Huh, berat sungguh kepala rasanya. Astaghfirullahala’zim.. Peringatan dari Allah dalam surah al-mu’minun segera menerjah pikiran ketika itu.
“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa apa maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami??”(23:115)
Dalam keadaan separa sedar(mamai), ternyata solat yang didirikan juga separa masak gamaknya. Sehingga dirakaat ketiga, saya bingung dirakaat keberapa saya berada diwaktu itu. Mulalah akal mencongak-congak seperti almaklumlah pelajar jurusan matematik tahun akhir...hehe. Akhirnya, diyakini rakaat itu dan diteruskan solat hingga kesudah. Astaghfirullahala’zim.. Mengapa sebegini lalai diriku?
Selepas solat saya duduk seketika dan bermuhasabah. Saya mengandaikan ramai diluar sana juga mungkin pernah merasai pengalaman-pengalaman solat seperti ini. Kecuali mereka yang tidak solat! Maka disitulah terdapat salah satu hikmah solat secara berjemaah selain ianya sangat-sangat dituntut, ia juga dapat mengurangkan masalah-masalah teknikal yang saya sebutkan. Namun persoalan yang ingin saya sentuh adalah sifat solat itu sendiri dalam kehidupan manusia.
Saya mulakan artikel ini tadi dengan sepotong ayat yang cukup mendalam buat diri saya. Sungguh saya akui solat itu sangat teramat berat sekali apatah lagi untuk mencapai status khusyu’ itu. Sedangkan solat wajib didirikan lima kali dalam sehari, maka apakah mungkin ianya harus berterusan tanpa perlu saya rungkai permasalahan sebenar dalam solat itu. Kesudahannya akan kita lihat bahawa solat yang didirikan hanyalah sekadar berdiri tegak, membengkok badan(rukuk), mencium lantai(sujud) dan bersimpuh(duduk tahiyat) semata-mata. Hanya dengan mendatangkan niat dan berusaha untuk khusyu’ sahaja yang mengubah perbuatan-perbuatan itu menjadi solat.
Hal yang demikian saya kaitkan dengan persoalan yang lebih besar iaitu negara. Hari ini saya tertanya apakah erti kemajuan dalam sesebuah negara mencapai status maju. Saya bandingkan pula dengan apakah erti solat dalam seseorang individu mencapai status solatnya.
Seperti yang saya nyatakan tadi, benar apabila kita melihat seseorang individu itu melaksanakan perbuatan-perbuatan dalam solat maka kita mengatakan bahawa dia sedang bersolat dari aspek nilaian fizikal mata kasar kita. Namun bagi individu itu sendiri, dia dan Allahlah yang lebih tahu status solatnya. Dalam skop negara pula, ya benar negara-negara maju hari ini rata-rata mempunyai infrastruktur yang hebat-hebat, bangunan yang tinggi-tinggi, dan teknologi yang merapu-rapu(tersangatlah hebat sampai tak tahu dah tujuan teknologi itu samaada memudahkan hidup manusia(yang spatutnya) atau menyusahkan hidup manusia)!! Lantaran itu, sibuklah negara-negara yang nak bergerak ke arah ‘maju’ itu giat melahirkan lebih dan lebih ramai lagi jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mampu mengubah struktur fizikal negara dari hutan belukar kepada hutan metropolitan. Oops, sahabat-sahabat dalam bidang kejuruteraan dan architecture jangan marah ye. Sila baca perenggan seterusnya. Bagi suspen sikit. Hehe.
Apa yang saya maksudkan sebenarnya bukanlah menyarankan agar dikurangkan jurutera-jurutera ataupun arkitek-arkitek dalam negara. Bahkan saya ingin mencadangkan agar golongan-golongan intelek ini ditambah lagi(ayat pancing sikit, hehe) dalam konteks mengubah struktur fizikal negara dari hutan belukar kepada hutan metropolitan yang dilengkapi struktur modul pembangunan insan muslim sejati! Wow hebatkan bunyinya?? Tetapi ingin ditekankan ini adalah peranan semua pihak termasuklah diri saya dan diri kita.
Apa yang saya maksudkan sebenarnya bukanlah menyarankan agar dikurangkan jurutera-jurutera ataupun arkitek-arkitek dalam negara. Bahkan saya ingin mencadangkan agar golongan-golongan intelek ini ditambah lagi(ayat pancing sikit, hehe) dalam konteks mengubah struktur fizikal negara dari hutan belukar kepada hutan metropolitan yang dilengkapi struktur modul pembangunan insan muslim sejati! Wow hebatkan bunyinya?? Tetapi ingin ditekankan ini adalah peranan semua pihak termasuklah diri saya dan diri kita.
Cuma penekanan yang saya berikan tadi pada golongan itu adalah contoh kerana mereka bagi saya hebat. Dan juga cuma kerajaan memperuntukkan bajet yang besar untuk melahirkan golongan ini. Dan cuma hasil yang lahir dari tangan-tangan mereka juga dapat kita lihat dan mengaguminya jika dibandingkan yang lain. Berapa banyak cuma da.. Yang pasti mereka bukanlah belajar secara percuma. Hehe. Namun itu adalah sekadar contoh sahaja yang saya kira relevan. Kerana atas neraca tanggungjawab, ia terpikul atas setiap bahu semua individu. Kerana kita tidak mahu akhirnya negara ini sekadar mendirikan aspek-aspek fizikalnya semata-mata seperti mendirikan perbuatan-perbuatan fizikal solat tanpa ada khusyu’ didalamnya. Solat yang seperti itu rendah kualitinya dan negara yang seperti itu juga rendah mutunya sungguhpun solat yang seperti itu diterima Allah insyaallah dan negara yang seperti itu juga mencapai status ‘maju’ akhirnya!
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar…”(29:45)
Setelah dua persoalan(solat dan negara) saya gabungkan, maka ayat diatas seterusnya memberikan kesimpulan yang jelas buat diri saya. Sesungguhnya, walaupun solat yang kita dirikan itu pada pandangan kita tidaklah cukup segala sifat-sifat kesempurnaannya, namun ia adalah suatu kewajipan yang tidak ada tawar menawarnya. Seperti sebuah negara yang ingin maju, pembangunan fizikal harus berjalan seiring dengannya. Tidak ada dan tidak akan ada dalam sejarah sebuah hutan belukar atau padang pasirpun yang tidak dibangunkan infrastruktur dan bangunannya boleh secara tiba-tiba digelar negara maju! Kerana itulah ‘prerequisite’ sebelum mampu untuk bergerak kearah negara maju.
Dan selepas dilaksanakan ‘prerequisite’ tersebut, kita harus membuat penilaian terhadap apa yang ingin kita capai dan kenapa ianya dicapai. Hasil muhasabah selepas solat asar tadi, suatu kritikan dapat saya tujukan pada diri saya. Patutlah walaupun saya mendirikan solat tapi saya masih terpalit dengan dosa dan maksiat. Patutlah walaupun negara itu hebat bangunan-bangunannya, canggih segala infrastrukturnya, tapi individu-individu yang lahir darinya rosak dan merosakkan. Ternyata, solat yang tidak sempurna itu terasa seperti kosong. Ternyata, negara yang tidak diisi dengan nilai pembangunan insan juga terasa seperti kosong! Dari pandangan akal logic kita sendiripun sudah terasa kosong, bagaimana pulalah pandangan Allah. Adakah saya, kita, dan negara ini kosong dimataNya hari ini?? Nauzubillahi Min Zalik.. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan hidayah. Kosong itu terlalu extreme dan tidak boleh diterima sama sekali. Umat islam hari ini selalu diandaikan seperti buih-buih dilautan. Dicucuk dengan jarum meletuplah buih itu dan kosong lah jadinya. Maksudnya kita(umat islam)masih ditahap yang boleh diusahakan sebelum kosong secara total. Buih-buih sabun jika dirapat-rapatkan kembali juzuknya menjadi sabun, saya kira jika dibaling pada anjing, mampu menangis juga anjing tuh dibuatnya. Sekiranya terlalu mampat juzuk-juzuk itu, jangankan nangis, matipun boleh jadi!. Lantas perumpamaan itu saya sandarkan buih-buih itu selaku individu-individu muslim, dan anjing itu selaku Israel dan sekutunya!. Waallahualam.

salam,
ReplyDeleteanalogi yang baik, tak tahu pula ada blog, ni boleh hantar ke majalah ni artikel ni..
Huhu..x tau plak ad yg bace n komen. thx. Skdr prkongsian..
ReplyDelete