Tuesday, 25 October 2011

Hudud vs HIMPUN


Saya bersetuju dgn pandangan pihak2 yg mengatakan bahawa kita harus menyediakan suasana yg kondusif trlebih dahulu sebelum hudud dpt dijalankan. Tapi saya tertanya2, apakah usaha2 yg dlakukan dlm bentuk tindakan ataupun perancangan yg diunjurkan supaya suasana kondusif itu dpt dicapai? Di Kelantan misalnya, walaupun org dinegeri mana2pun sama sahaja, tetapi mmg x dpt dinafikan adanya usaha yg significant dari kerajaan negeri menerapkan nilai2 Islam dlm masyarakat. Cth yg bleh diambil spt mnutup aurat bagi artis wanita yg nak buat show di negeri itu. Yg lainnya spt membudayakan 'solat' spt solat hajat besar2an di stadium dan mmbawa usul supaya solat dijadikan sbg prasyarat utk mendapat kerja dlm kerajaan negeri Kelantan. Walaupun diakui ianya tidak smpurna, tetapi sbg rakyat am, kita dpt lihat  itulah klainan yg tidak ada dinegeri lain sbg bukti menunjukkan kerajaan negeri komited utk melaksanakan dasar Islam. At least lebih lagila dari pihak2 yg hanya lantang bersuara soal perpaduan melayu utk menyatukan umat Islam itu. 

Walhal di pihak yg mmbawa soal suasana tadi sbg hujah utk menangguhkan hukum hudud, saban hari semakin galak dgn program2 hiburan yg tidak terkawal. Cukuplah kita ambil konsert ambang merdeka yg mnjadi acara tradisi negara. Peluang manusia berhimpun stiap tahun itu lgsg tidak dimanfaatkan sepenuhnya dgn menerapkan unsur2 patriotism atau kfahaman islami apatah lagi memberi kesedaran akidah. Namun bila ada pihak yg tidak turut serta dlm HIMPUN, maka hebohlah mereka tentang orang melayu yg tidak sensitif tentang isu akidah dan agama ini. Ya mgkin benar org melayu sudah kurang rasa sensitive terhadap isu akidah, namun utk diletakkan ia dlm konteks hujah membidas politik lawan sangat lari dari agenda kesatuan umat. Bahkan meleset sama sekali. Tertarik bila baca Utusan tentang ulasan HIMPUN. Sila klik


Tidak ada apa yg salah tentang ulasannya. Bahkan saya setuju dengan kebanyakan apa yg disebutkan. Cuma terasa contradict bilamana hujah2 dikemukan seolah2 ingin membidas politik lawan dgn mengaitkan dgn isu umat Islam tanpa melihat isu ini dikedua2 belah pihak. Secara peribadi saya kurang senang hati dgn knyataan individu yg mengkritik HIMPUN. Benar bahawa isu akidah bukan boleh diselesaikan dgn perhimpunan, tetapi yg harus dilihat ialah aspek solidariti dan kesatuan umat utk berhimpun memberikan sokongan lantas menjadi umat Islam yg prihatin dgn isu2 umat Islam. Mgkin dalam HIMPUN tersebut kita boleh bersilaturahim sesama umat Islam, memupuk rasa kasih dan sayang sesama umat dll. Akhir sekali, mempertahankan akidah adalah tggjwab semua individu muslim. Namun ianya hanya mampu dilakukan oleh muslim berilmu yg faham dan beramal serta beriman dgn keislamannya. Saya berpesan pd diri saya sendiri dan mgkin umat Islam secara amnya agar kita menegakkan Islam dlm diri sendiri dan saling bantu membantu sesama umat Islam atas dasar akidah Islam. Waallahualam. 

Thursday, 20 October 2011

HIMPUN: Antara Hak dan Resolusi


p/s: Huh lega lepas hantar assignment terakhir sepanjang bergelar student. Xtau lepas nih bila plak nak sambung belajar lagi. Mungkin ada mungkin tidak. Apapun berserah pada Allah atas segala suratan dan ketentuanNya.

Seperti yg sedia maklum, sabtu ini 22.10.2011, bertempat di Stadium Shah Alam, akan diadakan perhimpunan HIMPUN bertemakan “Selamatkan Akidah Umat.”
Pendirian umum saya terhadap HIMPUN ialah, ianya merupakan hak rakyat Malaysia utk berhimpun secara aman seperti yg dijamin dalam Perlembagaan. Namun, mutakhir ini saya melihat ada sedikit isu bila ada pihak membuat pendirian utk tidak menyertai HIMPUN. Adapun saya membaca dlm akhbar, terdapat bebarapa headlines yg meragui motif sebenar HIMPUN. Manakala lewat dlm facebook atau blog pula, x kurang sedikit ada individu2 yg menyokong HIMPUN, membidas bangsa melayu muslim yg tidak mahu menyertai HIMPUN ataupun bersikap skeptical terhadap HIMPUN.

Hak

Saya tidak mahu menyokong mana2 pihak. Cuma saya berpendapat, semua pihak harus menghormati prinsip dan pendirian masing2 terhadap HIMPUN ini. Seperti saya nyatakan, berhimpun secara aman  adalah hak rakyat Malaysia yg dijamin dalam perlembagaan. Kendatipun kita mahu semua umat Islam menghadirkan diri dalam perhimpunan ini, tidak perlulah sampai kepada bersikap offensive bila mana ada pihak yg menyatakan tidak mahu menyertainya. Dan begitu juga di pihak 1 lagi, sungguhpun tidak mahu menyertai HIMPUN, tidak perlulah memberi andaian negative terhadap mereka yg menganjurkannya. Kerana, sungguhpun benar jika ada yg tersirat dalam perhimpunan ini, ianya tetap hak yg dijamin utk suara mereka diperdengarkan. Baik Hindraf, Perkasa dan banyak NGO2 lain yg telah beberapa kali melakukan perhimpunan secara aman ini. Biarpun ada yg kita tidak bersetuju dengan mereka, tetapla saya katakan itu adalah hak mereka yg tidak sepatutnya kita cuba jadikan isu. Saya rasa, sebelum kita membincangkan isu kesatuan umat atau usaha memantapkan akidah umat,  kita harus cuba menghormati hak dan pandangan orang lain lebih2 lagi sesama muslim. Asalkan ianya berada dalam kerangka tatasusila yg betul.

Resolusi

Bila membaca sepintas lalu objektif HIMPUN dan tentatifnya, saya dapat bayangkan perhimpunan ini tidak lebih dan tidak kurang seperti mana2 perhimpunan yg pernah dianjurkan oleh parti2 politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Jadi pendapat peribadi saya terutama yg menyokong HIMPUN ini supaya perkara utama yg harus dilakukan ialah MEMAHAMKAN org diluar sana tentang isi kandungan sebenar HIMPUN. Kenapa mereka perlu sertai HIMPUN? Juga menjawab dgn rasional terhadap kemusykilan org awam tentang isu2 spt keharmonian beragama dan sebagainya. Dan saya rasa tidak perlu sehingga membandingkan dgn mana2 perhimpunan sebelum ini spt BERSIH smata-mata ingin mendapatkan penyertaan. Harus diakui, perhimpunan spt BERSIH mendapat sambutan kerana ianya melibatkan isu sensitivity rakyat yg pihak penganjur telah berjaya menyemarakkan semangat org awam utk keluar dan menyokong mereka. Walaupun ada pihak yg tidak setuju. Ianya tidak menjadi masalah. Bukan saya ingin menyokong BERSIH(tidak sama sekali), tetapi melihat aspek strategi pemasaran agenda mereka, ianya wajar dimanfaatkan. Hal yg sama juga dgn protes bersejarah Natrah suatu ketika dulu. Ianya berjaya menyemarakkan semangat rakyat utk keluar beramai-ramai. Dlm kes HIMPUN, saya tidak pasti sama ada saya kurang peka atau mereka kurang jelas. Saya tidak melihat resolusi2 himpun dijadikan bahan hebahan yg cuba menerosok ke setiap akal dan jantung umat Islam. Hanya yg kelihatan ialah sokongan2 dari artis, video2 promosi mengajak menyertai HIMPUN. Persoalannya, apa dia yg nak kita buat tyme HIMPUN nih yg boleh memantapkan akidah kita sbg muslim?? Ini yg perlu diketengahkan.

Justeru, mereka yg menyokong HIMPUN dan ingin menyeru kepada org lain supaya menyertai HIMPUN haruslah memberikan gagasan idea dan hujah yg jitu iaitu bilamana org awam mendengarnya, tidak boleh tidak utk tidak turun menyertainya!. Kadang2 timbul juga persoalan, Adakah penyokong HIMPUN itu sendiri paham kenapa mereka perlu berHIMPUN? Atau terpegun dengan sekadar melihat slogan yg bertemakan akidah(walaupun akhirnya HIMPUN nnti, mereka tertanya sesame sndri adakah akidah mereka sudah bertambah mantap atau makin berkurang??)
Apapun dengan melihat barisan NGO2 yg ambil bahagian, saya mengambil sikap bahawa HIMPUN adalah perhimpunan yg beragenda. Kerana mereka ini terdiri dari pendakwah2 yg menjadi nadi gerakan Islam di Malaysia. Namun, haruslah kita berada di neraca sebenar dgn melihat bahawa masih ramai org diluar sana yg tidak mempunyai fikrah yg sama spt kita. Mereka harus difahamkan dgn erti kata kefahaman sebenar dan bukan dengan menyemarakkan sentiment semata2! Natijahnye, mereka akan melihat bahawa gerakan Islam itu sndripun berpecah belah, mana mgkin dapat mnyatukan umat Islam.

p/s: saya tidak berniat menderhaka kpd pemerintah. Cuma saya tertanya berperanankan mereka ini yg ditabalkan sebagai ketua agama Islam di Malaysia?(sekadar ingin tahu). Sering org awam dijadikan sasaran dan kritikan hebat walhal mereka itu kebanyakannya tidak lebihla dari ketua pada masyarakat kecil, atau keluarga atau plg tidak pada diri sendiri.(Dengan tidak menafikan bahawa mereka juga berperanan besar). Cuma hairan melihat mereka yg lebih besar peranan yg diberikan dlm urusan agama ini, hanya diberikan batuk2 kecil sahaja. Disuruh diam maka batukpun tidak berbunyila akhirnya..



Friday, 12 August 2011

Sekadar pandangan

Dah 2 jam aku duduk depan laptop menanti idea yang tak kunjung2 tiba!! Oh jangan tersilap. Bukan idea untuk tulis blog nih yang dah sekian lama tak berupdate! Haha..Sampai dah terlupa password utk sign in blog nih tadi.. Tapi idea untuk buat essay yang menimbun2 tuh.. So nihla hasilnya.. tak pela.. tangan aku nih dah rindu nak menaip something.. Kalaulah buat essay tuh macam menaip blog nih je, alangkah indahnya…(mode sedang tersenyum sambil terbayang berlari-lari anak di keliling taman bunga)..weee :=)
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan tahun 2011. Ramadhan yg ke 14 kot bagi aku personally start dari aku di’paksa’ puasa oleh emak tercinta.Huhu.. Eh eh dah lama2 hidup baru 14 kali je jumpa ramadhan??? Ciketnye!!! Terasa kadar hidup aku nih sangatla pendek dan sekejap. Kalaulah esok lusa dipanggil menghadap Allah, tak tahulah bagaimana keadaannya… Cukup ke tidak pahala amal di bulan puasa yg berlipat2 kali ganda nih utk menampung dosa2 yg setinggi gunung tuh.. Tuhpun kalaulah aku tak buat dosa di bulan puasa nih! Kalau ada terbuat jugak, Allah… Allah… Engkau tunjukkanlah aku jalan2 yg membawa kepada keampunanMu sebelum tiba waktu aku pergi menghadapMu.
Persoalan yg sering aku tertanya, dan aku rasa patut semua orang bertanya pada diri dia. Adakah dalam kita menjalani kehidupan ini, kita berada dilandasan yg benar? Atau persoalan paling pokok sekali ialah adakah kita yakin yg manakah jalan yg benar? Konteks persoalan ini bertumpu sekitar akidah, ibadah dan muamalah. Alhamdulillah, kendatipun perjalanan hidup yg aku lalui ini tidak selalunya berada dilandasan sebenar, tapi keyakinan aku terhadap Islam sebagai landasan yg benar adalah suatu keyakinan yg solid utk aku sentiasa terus menyusuri hingga ketitik nafas terakhir.
Kenapa aku bangkitkan isu ini adalah kerana aku bersimpati dgn mereka yg tidak menjumpai kata putus terhadap perjalanan hidup mereka sendiri. Sedangkan mereka ini orang2 hebat yg pengetahuan mereka, koleksi bacaan mereka lebih banyak dari kebanyakan orang2 biasa. Kadang2 hujah2 mereka lebih mampat dah sarat dgn fakta berbanding kita orang2 biasa. Dan mereka membayangkan diri mereka sebagai orang yg bersifat kritikal dan analytical terhadap sesuatu permasalahan. Sayang seribu kali sayang… Slalunya orang yg mempunyai attitude sebegini, mereka sepatutnya menjumpai sesuatu yg kukuh untuk dijadikan kesimpulan. Malangnya mereka ini tidak lebih dari membiarkan diri mereka dalam lautan persoalan2 yg mereka sendiri cipta tetapi tidak ketemu jawapannya. Maka natijahnya, mereka telah menjadi orang2 yg hidup dlm kesamaran. Ilmu dan pengetahuan yg sepatutnya menjadi penyuluh hidup lantas bertukar menjadi cahaya2 terang yg terpantul menyilaui mata sendiri.
Setelah semua ini terjadi, aku tertanya-tanya, atas dasar apakah ibadat2 yg disyariatkan oleh agama mereka dirikan? Atas dasar sangkaan? Budaya?  Apa??? Nyatakan?! Jika mereka sudahpun meninggalkan ibadah2 yg disyariatkan oleh agama, maka atas landasan manakah dari sudut ilmu pengetahuan yg mereka timba akan mereka pilih utk hidup diatasnya secara yakin! Bimbang kalau2 mereka meletakkan diri mereka dan pngatahuan semasa mereka sebagai landasan hidup mereka. Kerana landasan seharusnya kukuh! Sedang manusia, hatipun tidak mampu untuk dikawal.. Ada masa masa naik dan ada masa turun. Dan masa itu, adakah akan kembali meragui landasan yg dipilih?
Mereka bertanya kepada kita, bagaimana kau boleh yakin ini adalah landasan sebenar? Maka kita orang2 biasa nih hanya menjawab, apa yg tidak benarnya dengan landasan ini? Jika orang2 yg berada di landasan ini tidak benar, bukan silap landasan itu yg tidak benar. Berfikirlah secara mudah dahulu sebelum berfikir secara payah. Islam meletakkan isu akidah sebagai paksi. Tetapi ramai yang tenggelam dalam isu furu’. Sedangkan kefahaman akidah tidak mantap, mereka membiarkan diri bicara dan bersikap kritikal terhadap isu2 syariah dan fekah dan muamalah yg rata2nya terbuka utk ruang perbahasan dan perbincangan. Jadi carilah dan galilah ilmu pengetahuan yg kamu sedang cari itu sehingga bertemu kesimpulan yg kukuh. Dan kemudian cubalah utk yakin dgn kesimpulan yg telah kamu temukan itu. Sedang kami orang2 biasa, tidak perlukan semua itu utk meyakini apa yg kami yakini. Kami anggap mungkin kami diuji dengan benda lain sedangkan ini adalah ujian turun khas buat diri kamu. Maaf kami tidak dapat membantu. Ya, setiap orang berbeza-beza dlm meyakini sesuatu. Cukuplah quran dan sunnah sebagai asas keyakinan ini. Sekiranya kekeliruan timbul terhadap sesuatu isu yg membabitkan tokoh2 ulamak Islam, maka kami sendiri akan merujuk quran dan sunnah dan mengambil mengikut kadar kefahaman kami sendiri. Kerana ianya diturunkan khas kepada manusia tidak mengenal latar belakang. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami. Wahai tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkan hatiku diatas agamaMu.
    

Thursday, 7 July 2011

Memori dan Pesanan Buat Hafiy, Hazim dan Yan...


Alhamdulillah.. I feel blessed that in this life, Allah has granted me with a loving family. I’m the eldest with four siblings. The rest are brothers and 1 sister.  My youngest sister has just got her SPM result and now pursuing her study at Uitm Penang. Since my 2nd brother is now doing his practical in KL and 3rd brother is studying his 1st year degree in IPBA, there is no one at home to watch over my emak when my abah is away for work or doing his duty as a super passionate teacher. We all in the family are well known about abah conditions as a very active teacher which is not like the most of normal teacher we always see in school. Abah has his own tennis class and taking part time job coaching tennis at Uitm Shah Alam. Abah once told me that he has no regrets to become a teacher. He found his way to build up his interest in sports and music throughout his career as a teacher. He strongly encourages his children to follow his step. As a result, 3 of his sons are now in the teaching stream line.
Back to emak. I called her few days ago. She said she feel bored. There’s no one at home. She called me few times but nobody picked up the phone. I was not at home. Since I don’t have my hp now, the only ways she could get connected with me are through ym and my home number. I was quite surprise when my mom endured to learn how to use ym just to chat with me.  Well done emak!  And now, every morning when I wake up from sleep, there always be an offline message from emak. Haha.. Next time I will make she learn how to use skype. Huhu. I still remember those moments during my childhood where my emak was a very strict mother! You should never say no when she asked you to do something. If you beg for mercy, it is wiser to beg the mercy from Allah and not from my mom! Haha..You won’t get a single chance!  Anyway this is only applies to his own children. I would describe my childhood period as a time of full of thrill and adventure. We don’t need alarm clock to wake us up every morning. Just listen to her voice yelling from kitchen, you will feel that earthquake is striking your bed with 6.6 Richter scale. 

 
However, despite her fierce attitude towards his children, I could see that she loves her children more than she loves my abah. Haha.. Oopss… Don’t get me wrong. That’s because abah always ‘mengejek’ emak and make fool of her. There was a time when hafiy called my mom and needs pocket money to go to Pahang by the next day. Hafiy was in SM Sains Selangor which is 40 minutes away from home. Emak cepat2 siap tapi abah cakap tunggu bola abis dulu! Then my emak started to cry. She said she is the only one who always cares about her children. Well, it doesn’t make any sense though… Hafiy will be going on the next day. So there was no need to be hurry. While emak keeps crying, abah suddenly mocked the way my mom cries. Wuwuwuwu abah said… Me, hazim and yan who were surprised by abah actions could not help from laughing. My mom started to get angry. Eventually right after the soccer match finished, abah and emak went to send the money.
 
There are many other examples where I could see how concern my mom towards her children. It just that she knew she cannot give face to her stubborn children if she wants to see her children succeed. And now, all of her children have grown up. Things are no longer the same as during our childhood period. I see my mom now as someone who will do everything possible to give happiness to her children. When I said I want to get married, she didn’t take any 2nd thought to discourage me. Also when Yan really wants to continue her study at Uitm instead of pursuing her STPM, my mom tried her best to get help from her friends to get Yan admitted to the University. 


To my beloved brothers and sister (Hafiy, Hazim, Yan), should you read this message, I want you to remember all the efforts and money spent by emak and abah just to get their children as where we are now. Never ever forget all those moments of hardship and difficulties we have gone through during our childhood period. One day, emak and abah will be called by Allah and at that time, only our prayers that could contribute into their accounts in hereafter. It is our duty as their children to be a good son and daughter, so that they will not have to take the blame from Allah for our misbehavior in this life. Jaga solat 5 waktu. Sentiasa doakan mereka setiap kali lepas solat. You guys are bestowed with intelligent. Alhamdulillah.. But merely intelligent without ‘deen’ is completely nothing! 
We pray that Allah will place emak and abah among the believers and ahlul jannah… Amin.      




Masa Adalah Sebahagian Dari Rawatan


Siapa antara kita yang pernah kehilangan nyawa ahli keluarga yang tersayang? Siapa antara kita yang pernah jatuh sehingga terluka pada mana-mana anggota badan? Siapa antara kita yang pernah jatuh cinta dan kemudian frust ketika putus cinta? Siapa antara kita yang pernah melamar seseorang tetapi akhirnya impian tidak menjadi kenyataan? Siapa antara kita yang pernah menduduki ujian tetapi mendapat keputusan yang teruk dalam ujian tersebut? Siapa antara kita yang pernah rasa dimarah didepan orang lain? Siapa antara kita yang pernah terasa hati oleh kata-kata orang lain?
 
Alhamdulillah, dengan kadar hidup yang telah aku lalui setakat ini, Allah telah memberi peluang untuk merasai semua peristiwa-peristiwa di atas. Rasanya ramai je orang yang pernah menghadapi situasi yang sama. Cuma tatkala benda-benda nih terjadi, kesan pada seseorang tuh berbeza. Ada yang menjadi tak tentu hala. Ada yang menangis tak henti-henti. Ada yang mengasingkan diri. Ada yang menyeksa diri. Ada yang rasa nak mati. Astaghfirullah.. Macam-macamlah lagi.

Tapi kian masa berlalu, benda-benda yang kita alamipun semakin hari semakin kita lupa. Bila kita renung kembali saat kita menghadapi situasi itu, kita rasa haisss apa bendala yang aku buat dulu. Hari nih kita tengok benda tuh kalau berulang kembalipun cam tak rasa seteruk waktu ia berlaku. Sekiranya kita dapat sabar dan tenang dalam menghadapinya, suatu masa ianya hanyalah lipatan sejarah yang mentakdirkan diri kita kearah suatu destinasi hidup. Kerana kehidupan ini secara keseluruhan adalah ujian. Seperti suatu medan pertempuran. Sama ada pertempuran dalaman iaitu hati dan perasaan atau pertempuran di medan perang. Perang ideology atau perang senjata. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155;

 


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar..”






Jadi seseorang manusia itu memang tak boleh lari dari menghadapinya. Dan bila Allah menetapkan bahawa ianya pasti terjadi, Allah tidak membiarkan hambaNya  seorang diri. Apa Allah kata dalam Al-Quran:-
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'”[al-baqarah; ayat 45]
 “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” [al-baqarah; ayat 154]
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”[al-ra’d;ayat 28]

Kadang-kadang bila kita rasa down, kita rasa kita jelah tyme tuh yang dilanda masalah setinggi gunung. Kita cuba meraih simpati orang lain walaupun dibibir kita kata kita tak mengharap pada simpati orang lain. Namun setiap gerak-geri kita, tindakan yang kita ambil memberi petunjuk yang sebaliknya. Kita tidak pula mengadu di depan Allah, tetapi kita nak orang lain prihatin dan memahami masalah yang kita sedang hadapi.
Ingatlah bahawa masa itu adalah sebahagian dari rawatan. Dan sebaik-baik perawat adalah Allah. Kita hanya berusaha mengikut kadar kemampuan kita sebagai hamba. Kita harapkan, dengan ujian dan takdir yang telah Allah siapkan untuk kita, lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. Siapa tahu disebalik ujian ini, Allah menyembunyikan ganjaran yang lebih besar dari yang kita jangkakan. 


Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.”[al-sajadah; ayat 17] 

Ya Allah, jangan Engkau serahkan diriku padaku walaupun sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.-Mathurat-

Wednesday, 6 July 2011

Kembalilah


I keep listening to this video and never get bored every time I listen to it. It gives me a new perspective about the mercy of Allah swt in regard to forgiveness. It tells us that there is always room for repentance by the sinners. No matter what! Just sometimes people often despair of the mercy of Allah so easily and never try to turn back to Allah. On the other hand, I learn that we should not judge a person as good or bad based on their behaviors. We condemn the wrongdoings they have committed but to claim that he/she will enter paradise or hell is just beyond our knowledge. Can we be sure of our own destiny? May Allah show us His guidance in this world and hereafter. Amin.

Akhlak Yang Mulia -Relax n Reflex post review activities-



Dua hari lepas aku buat program “Relax n Reflex(RnR)” bertempat dirumahku di The Met Apartment. Idea nih datang spontan je. So basically kalau ikut plan asal nak buat macam program ziarah ke rumah-rumah student undergrad and mebi boleh buat sharing sket disana. Tapi sekali fikir balik macam tabligh da…Huhu. So  tukar sket plan and buat dekat rumah aku je. Bersesuaian dengn tema Relax, so program nih dipenuhi dengan aktiviti main game dan main game. Macam-macam game dorang nih main. Xbox-kinect, board game yang entah pebenda nama entah. Since aku nih tak minat main game, so teman tengok jela. Hehe.

Program bermula dalam kul 10 malam dengan pengisian ringkas oleh Siddiq Fong berkenaan tajuk Kejatuhan Turky Uthmaniyah. Jazakallah khairan atas perkongsian. Selepas itu, dorang pun main game sampai kul 12 pagi. Maaf kepada semua yang hadir sebab rumah aku takde heater. Mesti sejuk korang tidur malam tuh. Pukul 5.15 pagi ktorang bangun untuk qiam sampai masuk waktu subuh dan seterusnya solat subuh. Selepas bacaan mathurat, aku bagi pengisian ringkas tentang akhlak mulia yang dipetik dari buku Asas-Asas Islam Jilid 1 tulisan Dr Ali Laban.
Menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam ungkapannya tentang akhlak dalam Ihya Ulumuddin (Jld:3, Ms: 57-59) ditakrifkan sebagai situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung. Maksudnya, apa yang terpancar secara tidak sedar dari sudut lisan dan perbuatan kita akan menunjukkan akhlak sebenar diri kita. Kata-kata yang menarik dalam buku tersebut tentang akhlak mulia adalah seperti berikut:-
“Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatan-perbuatan yang manis. Ini kerana ilmu pengetahuan banyak membincangkannya, tetapi tidak ada kemampuan dalam melakukannya.
Akhlak mulia juga bukan sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan yang manis. Kerana kadang-kadang kemampuan ada, namun perbuatan itu tidak dilakukan.
Malah akhlak mulia bukan sekadar perlakuan baik, boleh jadi akhlak seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak berharta. Dan boleh jadi akhlaknya bakhil tetapi dia bersedekah lantaran menunjuk-nunjuk, ria dan terpaksa.
Akan tetapi akhlak mulia ialah situasi yang mempersiapkan jiwa untuk melahirkan perbuatan yang baik. Lantaran itulah ia boleh diungkapkan sebagai: situasi dan gambaran kejiwaan yang manis dan berbentuk dalaman.”

Bila aku reflex pada diri sendiri, aku akur bahawa masih banyak kekurangan diri ini yang perlu aku perbaiki. Dalam buku tersebut menegaskan bahawa ramai ahli falsafah barat seperti Aristotle cuba mendefinisikan akhlak yang mulia. Namun jika dibandingkan dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, kita dapat lihat bagaimana pentakrifan akhlak nabi yang dijelmakan dalam bentuk practical mampu mengatasi takrifan ahli falsafah yang berbentuk theoretical. Sebab tulah Rasullullah saw adalah qudwah hasanah iaitu sebaik-baik contoh.
So dalam nak mendapatkan akhlak mulia, Imam Ghazali menggariskan 4 rukun utama iaitu:-
  1.  Kemantapan Ilmu
  2.  Keberanian
  3.  Kesucian
  4.  Adil
Semoga Allah menunjukkan aku dan sahabatku jalan yang lurus dan mengurniakan kami akhlak yang mulia. Kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih pada teman-teman yang hadir, dan terutamanya housemateku Erwan kerana masakkan kitorang nasi lemak. Sedap sangat!!(bak kata Afiq). Hehe. Agar usaha kita yang tidak seberapa ini, dinilai tinggi oleh Allah di akhirat kelak. Disamping kita menyusuri persabatan ini, harus kita saling mengingatkan bahawa sahabat yang baik adalah seperti mafhum hadis nabi iaitu apabila kamu melihatnya, ia mengingatkan kamu kepada Allah, dan apabila kamu mendengar kata-katanya, bertambah ilmu mu, dan apabila melihat amalannya, mengingatkan kamu kepada Allah.  Kalau kita boleh main game berjam-jam lamanya, pasti kita juga lebih dari boleh untuk banyakkan ibadah seperti solat sunat, membaca dan tadabbur alquran, berzikir, dan merenung kehebatan ciptaan Allah. Next time kita buat lagi ok. Tapi hidup nih bukan untuk enjoy je. Ada masa kita perlu serius. Uhibbukum fillah…