Saya bersetuju dgn pandangan pihak2 yg mengatakan bahawa kita harus menyediakan suasana yg kondusif trlebih dahulu sebelum hudud dpt dijalankan. Tapi saya tertanya2, apakah usaha2 yg dlakukan dlm bentuk tindakan ataupun perancangan yg diunjurkan supaya suasana kondusif itu dpt dicapai? Di Kelantan misalnya, walaupun org dinegeri mana2pun sama sahaja, tetapi mmg x dpt dinafikan adanya usaha yg significant dari kerajaan negeri menerapkan nilai2 Islam dlm masyarakat. Cth yg bleh diambil spt mnutup aurat bagi artis wanita yg nak buat show di negeri itu. Yg lainnya spt membudayakan 'solat' spt solat hajat besar2an di stadium dan mmbawa usul supaya solat dijadikan sbg prasyarat utk mendapat kerja dlm kerajaan negeri Kelantan. Walaupun diakui ianya tidak smpurna, tetapi sbg rakyat am, kita dpt lihat itulah klainan yg tidak ada dinegeri lain sbg bukti menunjukkan kerajaan negeri komited utk melaksanakan dasar Islam. At least lebih lagila dari pihak2 yg hanya lantang bersuara soal perpaduan melayu utk menyatukan umat Islam itu.
Walhal di pihak yg mmbawa soal suasana tadi sbg hujah utk menangguhkan hukum hudud, saban hari semakin galak dgn program2 hiburan yg tidak terkawal. Cukuplah kita ambil konsert ambang merdeka yg mnjadi acara tradisi negara. Peluang manusia berhimpun stiap tahun itu lgsg tidak dimanfaatkan sepenuhnya dgn menerapkan unsur2 patriotism atau kfahaman islami apatah lagi memberi kesedaran akidah. Namun bila ada pihak yg tidak turut serta dlm HIMPUN, maka hebohlah mereka tentang orang melayu yg tidak sensitif tentang isu akidah dan agama ini. Ya mgkin benar org melayu sudah kurang rasa sensitive terhadap isu akidah, namun utk diletakkan ia dlm konteks hujah membidas politik lawan sangat lari dari agenda kesatuan umat. Bahkan meleset sama sekali. Tertarik bila baca Utusan tentang ulasan HIMPUN. Sila klik
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Tidak ada apa yg salah tentang ulasannya. Bahkan saya setuju dengan kebanyakan apa yg disebutkan. Cuma terasa contradict bilamana hujah2 dikemukan seolah2 ingin membidas politik lawan dgn mengaitkan dgn isu umat Islam tanpa melihat isu ini dikedua2 belah pihak. Secara peribadi saya kurang senang hati dgn knyataan individu yg mengkritik HIMPUN. Benar bahawa isu akidah bukan boleh diselesaikan dgn perhimpunan, tetapi yg harus dilihat ialah aspek solidariti dan kesatuan umat utk berhimpun memberikan sokongan lantas menjadi umat Islam yg prihatin dgn isu2 umat Islam. Mgkin dalam HIMPUN tersebut kita boleh bersilaturahim sesama umat Islam, memupuk rasa kasih dan sayang sesama umat dll. Akhir sekali, mempertahankan akidah adalah tggjwab semua individu muslim. Namun ianya hanya mampu dilakukan oleh muslim berilmu yg faham dan beramal serta beriman dgn keislamannya. Saya berpesan pd diri saya sendiri dan mgkin umat Islam secara amnya agar kita menegakkan Islam dlm diri sendiri dan saling bantu membantu sesama umat Islam atas dasar akidah Islam. Waallahualam.




