p/s: Huh lega lepas hantar assignment terakhir sepanjang bergelar student. Xtau lepas nih bila plak nak sambung belajar lagi. Mungkin ada mungkin tidak. Apapun berserah pada Allah atas segala suratan dan ketentuanNya.
Seperti yg sedia maklum, sabtu ini 22.10.2011, bertempat di Stadium Shah Alam, akan diadakan perhimpunan HIMPUN bertemakan “Selamatkan Akidah Umat.”
Pendirian umum saya terhadap HIMPUN ialah, ianya merupakan hak rakyat Malaysia utk berhimpun secara aman seperti yg dijamin dalam Perlembagaan. Namun, mutakhir ini saya melihat ada sedikit isu bila ada pihak membuat pendirian utk tidak menyertai HIMPUN. Adapun saya membaca dlm akhbar, terdapat bebarapa headlines yg meragui motif sebenar HIMPUN. Manakala lewat dlm facebook atau blog pula, x kurang sedikit ada individu2 yg menyokong HIMPUN, membidas bangsa melayu muslim yg tidak mahu menyertai HIMPUN ataupun bersikap skeptical terhadap HIMPUN.
Hak
Saya tidak mahu menyokong mana2 pihak. Cuma saya berpendapat, semua pihak harus menghormati prinsip dan pendirian masing2 terhadap HIMPUN ini. Seperti saya nyatakan, berhimpun secara aman adalah hak rakyat Malaysia yg dijamin dalam perlembagaan. Kendatipun kita mahu semua umat Islam menghadirkan diri dalam perhimpunan ini, tidak perlulah sampai kepada bersikap offensive bila mana ada pihak yg menyatakan tidak mahu menyertainya. Dan begitu juga di pihak 1 lagi, sungguhpun tidak mahu menyertai HIMPUN, tidak perlulah memberi andaian negative terhadap mereka yg menganjurkannya. Kerana, sungguhpun benar jika ada yg tersirat dalam perhimpunan ini, ianya tetap hak yg dijamin utk suara mereka diperdengarkan. Baik Hindraf, Perkasa dan banyak NGO2 lain yg telah beberapa kali melakukan perhimpunan secara aman ini. Biarpun ada yg kita tidak bersetuju dengan mereka, tetapla saya katakan itu adalah hak mereka yg tidak sepatutnya kita cuba jadikan isu. Saya rasa, sebelum kita membincangkan isu kesatuan umat atau usaha memantapkan akidah umat, kita harus cuba menghormati hak dan pandangan orang lain lebih2 lagi sesama muslim. Asalkan ianya berada dalam kerangka tatasusila yg betul.
Resolusi
Bila membaca sepintas lalu objektif HIMPUN dan tentatifnya, saya dapat bayangkan perhimpunan ini tidak lebih dan tidak kurang seperti mana2 perhimpunan yg pernah dianjurkan oleh parti2 politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Jadi pendapat peribadi saya terutama yg menyokong HIMPUN ini supaya perkara utama yg harus dilakukan ialah MEMAHAMKAN org diluar sana tentang isi kandungan sebenar HIMPUN. Kenapa mereka perlu sertai HIMPUN? Juga menjawab dgn rasional terhadap kemusykilan org awam tentang isu2 spt keharmonian beragama dan sebagainya. Dan saya rasa tidak perlu sehingga membandingkan dgn mana2 perhimpunan sebelum ini spt BERSIH smata-mata ingin mendapatkan penyertaan. Harus diakui, perhimpunan spt BERSIH mendapat sambutan kerana ianya melibatkan isu sensitivity rakyat yg pihak penganjur telah berjaya menyemarakkan semangat org awam utk keluar dan menyokong mereka. Walaupun ada pihak yg tidak setuju. Ianya tidak menjadi masalah. Bukan saya ingin menyokong BERSIH(tidak sama sekali), tetapi melihat aspek strategi pemasaran agenda mereka, ianya wajar dimanfaatkan. Hal yg sama juga dgn protes bersejarah Natrah suatu ketika dulu. Ianya berjaya menyemarakkan semangat rakyat utk keluar beramai-ramai. Dlm kes HIMPUN, saya tidak pasti sama ada saya kurang peka atau mereka kurang jelas. Saya tidak melihat resolusi2 himpun dijadikan bahan hebahan yg cuba menerosok ke setiap akal dan jantung umat Islam. Hanya yg kelihatan ialah sokongan2 dari artis, video2 promosi mengajak menyertai HIMPUN. Persoalannya, apa dia yg nak kita buat tyme HIMPUN nih yg boleh memantapkan akidah kita sbg muslim?? Ini yg perlu diketengahkan.
Justeru, mereka yg menyokong HIMPUN dan ingin menyeru kepada org lain supaya menyertai HIMPUN haruslah memberikan gagasan idea dan hujah yg jitu iaitu bilamana org awam mendengarnya, tidak boleh tidak utk tidak turun menyertainya!. Kadang2 timbul juga persoalan, Adakah penyokong HIMPUN itu sendiri paham kenapa mereka perlu berHIMPUN? Atau terpegun dengan sekadar melihat slogan yg bertemakan akidah(walaupun akhirnya HIMPUN nnti, mereka tertanya sesame sndri adakah akidah mereka sudah bertambah mantap atau makin berkurang??)
Apapun dengan melihat barisan NGO2 yg ambil bahagian, saya mengambil sikap bahawa HIMPUN adalah perhimpunan yg beragenda. Kerana mereka ini terdiri dari pendakwah2 yg menjadi nadi gerakan Islam di Malaysia. Namun, haruslah kita berada di neraca sebenar dgn melihat bahawa masih ramai org diluar sana yg tidak mempunyai fikrah yg sama spt kita. Mereka harus difahamkan dgn erti kata kefahaman sebenar dan bukan dengan menyemarakkan sentiment semata2! Natijahnye, mereka akan melihat bahawa gerakan Islam itu sndripun berpecah belah, mana mgkin dapat mnyatukan umat Islam.
p/s: saya tidak berniat menderhaka kpd pemerintah. Cuma saya tertanya berperanankan mereka ini yg ditabalkan sebagai ketua agama Islam di Malaysia?(sekadar ingin tahu). Sering org awam dijadikan sasaran dan kritikan hebat walhal mereka itu kebanyakannya tidak lebihla dari ketua pada masyarakat kecil, atau keluarga atau plg tidak pada diri sendiri.(Dengan tidak menafikan bahawa mereka juga berperanan besar). Cuma hairan melihat mereka yg lebih besar peranan yg diberikan dlm urusan agama ini, hanya diberikan batuk2 kecil sahaja. Disuruh diam maka batukpun tidak berbunyila akhirnya..




No comments:
Post a Comment