Dah 2 jam aku duduk depan laptop menanti idea yang tak kunjung2 tiba!! Oh jangan tersilap. Bukan idea untuk tulis blog nih yang dah sekian lama tak berupdate! Haha..Sampai dah terlupa password utk sign in blog nih tadi.. Tapi idea untuk buat essay yang menimbun2 tuh.. So nihla hasilnya.. tak pela.. tangan aku nih dah rindu nak menaip something.. Kalaulah buat essay tuh macam menaip blog nih je, alangkah indahnya…(mode sedang tersenyum sambil terbayang berlari-lari anak di keliling taman bunga)..weee :=)
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan tahun 2011. Ramadhan yg ke 14 kot bagi aku personally start dari aku di’paksa’ puasa oleh emak tercinta.Huhu.. Eh eh dah lama2 hidup baru 14 kali je jumpa ramadhan??? Ciketnye!!! Terasa kadar hidup aku nih sangatla pendek dan sekejap. Kalaulah esok lusa dipanggil menghadap Allah, tak tahulah bagaimana keadaannya… Cukup ke tidak pahala amal di bulan puasa yg berlipat2 kali ganda nih utk menampung dosa2 yg setinggi gunung tuh.. Tuhpun kalaulah aku tak buat dosa di bulan puasa nih! Kalau ada terbuat jugak, Allah… Allah… Engkau tunjukkanlah aku jalan2 yg membawa kepada keampunanMu sebelum tiba waktu aku pergi menghadapMu.
Persoalan yg sering aku tertanya, dan aku rasa patut semua orang bertanya pada diri dia. Adakah dalam kita menjalani kehidupan ini, kita berada dilandasan yg benar? Atau persoalan paling pokok sekali ialah adakah kita yakin yg manakah jalan yg benar? Konteks persoalan ini bertumpu sekitar akidah, ibadah dan muamalah. Alhamdulillah, kendatipun perjalanan hidup yg aku lalui ini tidak selalunya berada dilandasan sebenar, tapi keyakinan aku terhadap Islam sebagai landasan yg benar adalah suatu keyakinan yg solid utk aku sentiasa terus menyusuri hingga ketitik nafas terakhir.
Kenapa aku bangkitkan isu ini adalah kerana aku bersimpati dgn mereka yg tidak menjumpai kata putus terhadap perjalanan hidup mereka sendiri. Sedangkan mereka ini orang2 hebat yg pengetahuan mereka, koleksi bacaan mereka lebih banyak dari kebanyakan orang2 biasa. Kadang2 hujah2 mereka lebih mampat dah sarat dgn fakta berbanding kita orang2 biasa. Dan mereka membayangkan diri mereka sebagai orang yg bersifat kritikal dan analytical terhadap sesuatu permasalahan. Sayang seribu kali sayang… Slalunya orang yg mempunyai attitude sebegini, mereka sepatutnya menjumpai sesuatu yg kukuh untuk dijadikan kesimpulan. Malangnya mereka ini tidak lebih dari membiarkan diri mereka dalam lautan persoalan2 yg mereka sendiri cipta tetapi tidak ketemu jawapannya. Maka natijahnya, mereka telah menjadi orang2 yg hidup dlm kesamaran. Ilmu dan pengetahuan yg sepatutnya menjadi penyuluh hidup lantas bertukar menjadi cahaya2 terang yg terpantul menyilaui mata sendiri.
Setelah semua ini terjadi, aku tertanya-tanya, atas dasar apakah ibadat2 yg disyariatkan oleh agama mereka dirikan? Atas dasar sangkaan? Budaya? Apa??? Nyatakan?! Jika mereka sudahpun meninggalkan ibadah2 yg disyariatkan oleh agama, maka atas landasan manakah dari sudut ilmu pengetahuan yg mereka timba akan mereka pilih utk hidup diatasnya secara yakin! Bimbang kalau2 mereka meletakkan diri mereka dan pngatahuan semasa mereka sebagai landasan hidup mereka. Kerana landasan seharusnya kukuh! Sedang manusia, hatipun tidak mampu untuk dikawal.. Ada masa masa naik dan ada masa turun. Dan masa itu, adakah akan kembali meragui landasan yg dipilih?
Mereka bertanya kepada kita, bagaimana kau boleh yakin ini adalah landasan sebenar? Maka kita orang2 biasa nih hanya menjawab, apa yg tidak benarnya dengan landasan ini? Jika orang2 yg berada di landasan ini tidak benar, bukan silap landasan itu yg tidak benar. Berfikirlah secara mudah dahulu sebelum berfikir secara payah. Islam meletakkan isu akidah sebagai paksi. Tetapi ramai yang tenggelam dalam isu furu’. Sedangkan kefahaman akidah tidak mantap, mereka membiarkan diri bicara dan bersikap kritikal terhadap isu2 syariah dan fekah dan muamalah yg rata2nya terbuka utk ruang perbahasan dan perbincangan. Jadi carilah dan galilah ilmu pengetahuan yg kamu sedang cari itu sehingga bertemu kesimpulan yg kukuh. Dan kemudian cubalah utk yakin dgn kesimpulan yg telah kamu temukan itu. Sedang kami orang2 biasa, tidak perlukan semua itu utk meyakini apa yg kami yakini. Kami anggap mungkin kami diuji dengan benda lain sedangkan ini adalah ujian turun khas buat diri kamu. Maaf kami tidak dapat membantu. Ya, setiap orang berbeza-beza dlm meyakini sesuatu. Cukuplah quran dan sunnah sebagai asas keyakinan ini. Sekiranya kekeliruan timbul terhadap sesuatu isu yg membabitkan tokoh2 ulamak Islam, maka kami sendiri akan merujuk quran dan sunnah dan mengambil mengikut kadar kefahaman kami sendiri. Kerana ianya diturunkan khas kepada manusia tidak mengenal latar belakang. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami. Wahai tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkan hatiku diatas agamaMu.
No comments:
Post a Comment