Dua hari lepas aku buat program “Relax n Reflex(RnR)” bertempat dirumahku di The Met Apartment. Idea nih datang spontan je. So basically kalau ikut plan asal nak buat macam program ziarah ke rumah-rumah student undergrad and mebi boleh buat sharing sket disana. Tapi sekali fikir balik macam tabligh da…Huhu. So tukar sket plan and buat dekat rumah aku je. Bersesuaian dengn tema Relax, so program nih dipenuhi dengan aktiviti main game dan main game. Macam-macam game dorang nih main. Xbox-kinect, board game yang entah pebenda nama entah. Since aku nih tak minat main game, so teman tengok jela. Hehe.
Program bermula dalam kul 10 malam dengan pengisian ringkas oleh Siddiq Fong berkenaan tajuk Kejatuhan Turky Uthmaniyah. Jazakallah khairan atas perkongsian. Selepas itu, dorang pun main game sampai kul 12 pagi. Maaf kepada semua yang hadir sebab rumah aku takde heater. Mesti sejuk korang tidur malam tuh. Pukul 5.15 pagi ktorang bangun untuk qiam sampai masuk waktu subuh dan seterusnya solat subuh. Selepas bacaan mathurat, aku bagi pengisian ringkas tentang akhlak mulia yang dipetik dari buku Asas-Asas Islam Jilid 1 tulisan Dr Ali Laban. Menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam ungkapannya tentang akhlak dalam Ihya Ulumuddin (Jld:3, Ms: 57-59) ditakrifkan sebagai situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung. Maksudnya, apa yang terpancar secara tidak sedar dari sudut lisan dan perbuatan kita akan menunjukkan akhlak sebenar diri kita. Kata-kata yang menarik dalam buku tersebut tentang akhlak mulia adalah seperti berikut:-
“Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatan-perbuatan yang manis. Ini kerana ilmu pengetahuan banyak membincangkannya, tetapi tidak ada kemampuan dalam melakukannya.
Akhlak mulia juga bukan sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan yang manis. Kerana kadang-kadang kemampuan ada, namun perbuatan itu tidak dilakukan.
Malah akhlak mulia bukan sekadar perlakuan baik, boleh jadi akhlak seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak berharta. Dan boleh jadi akhlaknya bakhil tetapi dia bersedekah lantaran menunjuk-nunjuk, ria dan terpaksa.
Akan tetapi akhlak mulia ialah situasi yang mempersiapkan jiwa untuk melahirkan perbuatan yang baik. Lantaran itulah ia boleh diungkapkan sebagai: situasi dan gambaran kejiwaan yang manis dan berbentuk dalaman.”
Bila aku reflex pada diri sendiri, aku akur bahawa masih banyak kekurangan diri ini yang perlu aku perbaiki. Dalam buku tersebut menegaskan bahawa ramai ahli falsafah barat seperti Aristotle cuba mendefinisikan akhlak yang mulia. Namun jika dibandingkan dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, kita dapat lihat bagaimana pentakrifan akhlak nabi yang dijelmakan dalam bentuk practical mampu mengatasi takrifan ahli falsafah yang berbentuk theoretical. Sebab tulah Rasullullah saw adalah qudwah hasanah iaitu sebaik-baik contoh.
So dalam nak mendapatkan akhlak mulia, Imam Ghazali menggariskan 4 rukun utama iaitu:-
- Kemantapan Ilmu
- Keberanian
- Kesucian
- Adil
Semoga Allah menunjukkan aku dan sahabatku jalan yang lurus dan mengurniakan kami akhlak yang mulia. Kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih pada teman-teman yang hadir, dan terutamanya housemateku Erwan kerana masakkan kitorang nasi lemak. Sedap sangat!!(bak kata Afiq). Hehe. Agar usaha kita yang tidak seberapa ini, dinilai tinggi oleh Allah di akhirat kelak. Disamping kita menyusuri persabatan ini, harus kita saling mengingatkan bahawa sahabat yang baik adalah seperti mafhum hadis nabi iaitu apabila kamu melihatnya, ia mengingatkan kamu kepada Allah, dan apabila kamu mendengar kata-katanya, bertambah ilmu mu, dan apabila melihat amalannya, mengingatkan kamu kepada Allah. Kalau kita boleh main game berjam-jam lamanya, pasti kita juga lebih dari boleh untuk banyakkan ibadah seperti solat sunat, membaca dan tadabbur alquran, berzikir, dan merenung kehebatan ciptaan Allah. Next time kita buat lagi ok. Tapi hidup nih bukan untuk enjoy je. Ada masa kita perlu serius. Uhibbukum fillah… 
No comments:
Post a Comment