Merasai detik bercinta dan dicintai adalah nikmat Allah yang Maha Agung. Ia melibatkan soal hati dan perasaan yang sangat kompleks yang sukar dijelaskan dalam struktur ideologi yang jelas. Dalam riwayat selalu menyebut bahawa antara doa yang nabi selalu baca ialah “Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Qalbi A’la Deenik” bermaksud Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan Hati, Tetapkan Hati Ini Di Atas AgamaMu. Melihat pada doa ini, dapatlah kita faham bahawa hati dan perasaan ini mempunyai hubung kait secara terus dengan Allah. Hati yang tidak dipandu dengan neraca ‘deen’ pasti kerap kali terkeliru dan tersasar. Firman Allah dalam surah Yusuf;
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”(12:53)
Teringat perkongsian yang dibuat oleh Sheikh Omar yang mengunjungi Surau Mt Street malam tadi. Sheikh Omar nih Imam di sebuah masjid di Sydney. Fuhh kalau dengar cara dia berucap, memang tersentaplah! Semalam dia cakap soal cinta. Dia kata, cinta nih bukan pada mulut atau pada ungkapan dibibir tapi cinta diterbit melalui tindakan kita. Dia mengambil satu contoh di mana ada seorang lelaki yang sangat fanatic pada Michael Jackson. Tahap fanatic lelaki tuh sampai habis segala benda yang berkaitan Michael Jackson ditirunya. Hatta sanggup buat plastic surgery utk kelihatan seperti Michael Jackson!! Jalan macam Michael Jackson. Berpakaian macam Michael Jackson. Yang peliknya, lelaki tuh tak pernahpun berjumpa dengan Michael Jackson. Punyala fanatiknya pada artis yang menjadi idola.
Persoalannya sekarang, kalau ditanyakan pada kita samaada kita cinta Rasulullah saw atau tidak? Pasti seorang yang mengaku muslim akan jawab dia cinta pada Rasulullah saw. Tetapi apa bukti tanda cinta kita tuh? Cuba kalau ditanya antara artis yang paling kita minati dengan Rasulullah saw, siapa yang kita paling cinta? Tentu sekali jawapan kita sekali lagi adalah Rasulullah saw. Jadi secara akal dan lisannya, tiada seorang muslim yang mengaku tidak mencintai Rasulullah saw lebih dari segala-galanya.
Cuma, apakah tindakan kita melambangkan rasa cinta yang melebihi segala-galanya? Kalau sunnah yang paling besar adalah dakwah, sejauh manakan pula kita yang mengaku cinta pada nabi cuba sedaya upaya melaksanakan tugasan dakwah? Huhu.. Sesuatu persoalan yang saya sendiripun tak mampu nak jawab. Korang macam mana?


No comments:
Post a Comment